PENGENALAN
Program Cintai Alam Sekitar merupakan satu program yang dirancang oleh Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM (PERSIAP) yang merupakan kesinambungan daripada Program Environmental Health yang telah diadakan tahun lalu. Idea ini tercetus atas dasar kesedaran terhadap kepentingan pengetahuan yang tinggi dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Bagi menghasilkan mahasiswa/i yang peka dan menyeluruh, program seperti ini boleh dijadikan satu platform untuk mencapai matlamat tersebut.
MISI
Melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
MATLAMAT
Ke arah melahirkan pelajar yang dinamik yang bukan sahaja mementingkan pengetahuan dari segi akademik tetapi juga mengambil kira pengetahuan yang mendalam tentang alam sekitar dan kepentingannya.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia meskipun tinggal di kolej-kolej yang berlainan.
Program ini diharapkan dapat menyerlahkan lagi bakat-bakat terpendam dalam bidang pidato dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.
Memperkenalkan Kolej Tun Dr Ismail dan PPUKM umumnya kepada para pelajar UKM yang menetap di kolej-kolej lain.
OBJEKTIF
Melaksanakan aktiviti bermanfaat serta pelbagai yang bertujuan membangunkan sahsiah dan personaliti individu merangkumi nilai keagamaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.
Membentuk satu kerjasama yang erat dan mengukuhkan lagi tali silaturrahim antara semua pelajar tanpa mengira kolej dan fakulti.
Melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja unggul dari segi pelajaran, malah peka dengan keadaan alam sekitar dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaannya.
Membangunkan potensi dan identiti individu melalui pengetahuan dan rasa tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa/i dan masyarakat.
Memupuk suasana harmoni di kalangan mahasiswa/i dan secara langsung dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat selaras dengan seruan kerajaan.
“Bumi Hijau Warisan Kita”
Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan (PERSIAP)
Universiti kebangsaan Malaysia
Tarikh : 9 Oktober 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 4.30 petang
TEMPAT PROGRAM
No comments:
Post a Comment